
50% halal?? macam ni punya Halal pon ada ke?
isk..camanala rasa megi nih? ayam babi?
mungkin ayam campur babi kot..tu yg jadi 50% halal.
Ayam = 50% Halal
Babi = 50% Haram
nama mee pon pelik..Mie Yabi. mungkin kobinasi ayam + babi jadi Yabi.
Maria Ozawa tu model dia. perhhhh
Lengkap ngan daun pisang? err..dia selit celah mana daun pisang tu?
Pas susunya tu ape maksud dia?
Sunday, November 8, 2009
MIe Yabi
Posted by Madey at Sunday, November 08, 2009 3 Voices From People
Tuesday, November 3, 2009
Tak Sabar Lah
Owh..this month ade 2 movie yg akan kluar, tak sabar nak menontonnya di pawagam yang berdekatan. 1 movie nih mmg penuh ngan aksi2 ninja, dan 1 lagi citer drama 2012. ntahlah..citer pasal hari kiamat kot.
Who Will Survive 2012
In theaters: November 13, 2009
Synopsis :
Never before has a date in history been so significant to so mandy cultures,
so many religions, scientist and goverments"2012" is an epic adventure about a global
cataclysm that brings an end to the world and tell of the heroic struggle of suvivors
Cast : John Cusack, Chiwetel Ejiofor, amanda peet, oliver platt, thandie newton, danny glover, woody harrelson
Genre : Drama
Trailers 1, Trailers 2, Trailers 3,
Ninja AssassinIn theaters: November 25, 2009
Synopsis :
Raizo (Rain) is one of the deadliest assassins in the world. Taken from the streets as a child, he was transformed into a trained killer by the Ozunu Clan, a secret society whose very existence is considered a myth. But haunted by the merciless execution of his friend by the Clan, Raizo breaks free from them…and vanishes. Now he waits, preparing to exact his revenge. In Berlin, Europol agent Mika Coretti (Naomie Harris) has stumbled upon a money trail linking several political murders to an underground network of untraceable assassins from the Far East. Defying the orders of her superior, Ryan Maslow (Ben Miles), Mika digs into top secret agency files to learn the truth behind the murders. Her investigation makes her a target, and the Ozunu Clan sends a team of killers, led by the lethal Takeshi (Rick Yune), to silence her forever. Raizo saves Mika from her attackers, but he knows that the Clan will not rest until they are both eliminated. Now, entangled in a deadly game of cat and mouse through the streets of Europe, Raizo and Mika must trust one another if they hope to survive…and finally bring down the elusive Ozunu Clan.
Genre : Action And Adventure
Cast : Rain, Naomie Harris, Ben Miles, Sho Kosugi, Rick Yune, Mika Coretti.
About this movie..tak sure kluar kat malaysia ke tak. kalau tgk trailers dia pon..mmg penuh ngan aksi-aksi ninja. if di mainkan di panggung wayang pon..sure banyak yg akan di potong scene - scene yang agak terlampau.
takpelah..kita tunggu je la..hope kedua-dua movie nih takkan menhampakan kepada yang melabor duit kat pawagam.
Owh..by the way, minggu ni aku maybe tidak online buat sementara waktu, akan kembali ke malaysia pada hari jumaat malam. insyaAllah..jumpa lagi kita di minggu hadapan.
p/s : kat member2 yg kirim barang guna air liur tu..nanti air liur la korang dpt nanti.
Posted by Madey at Tuesday, November 03, 2009 1 Voices From People
Labels: Wayang
Monday, November 2, 2009
Terapi Kambing
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun)
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Posted by Madey at Monday, November 02, 2009 2 Voices From People
Friday, October 30, 2009
suatu ketika dahulu...





gambar-gambar ketika aku berumur 2-4 tahun. orang cakap..muka tak berubah-berubah pon sejak kecik. tapi..aku rasa..skang dah cam beast pon. kaler kulit pon dah bertukar dari cerah ke gelap..haha
Posted by Madey at Friday, October 30, 2009 3 Voices From People
Friday, October 23, 2009
cant Wait for tomorrow!
Berdebar-debar hati ini utk menunggu Keputusan Hari esok! doakan la..semoga ia akan berjalan dengan lancar! haihh..
tak sabar nak tunggu esok!
Posted by Madey at Friday, October 23, 2009 7 Voices From People
Wednesday, October 21, 2009
Atkins Diet : Cara Kuruskan Badan Secara Natural Tanpa Ubatan (Part 1)
Atkins Diet : Cara Kuruskan Badan Secara Natural Tanpa Ubatan
Peringatan: Pregnant ladies dan yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet. Consult doctor anda beforehand.
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing
seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Bagaimana nak lakukan Induction?
Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan.
1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).
2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).
3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).
4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).
5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lai tak boleh.
6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).
7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.
8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.
Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.
Posted by Madey at Wednesday, October 21, 2009 3 Voices From People
Wednesday, October 7, 2009
Marilah Menonton
Pray Before Prayers are SAID for You
A short film about three friends who were no more different from many of us. Their choice is very much similar to our choice. This short film may change your life.
Posted by Madey at Wednesday, October 07, 2009 2 Voices From People
Labels: Video

